Thursday 20 June 2013

JEREBU - LET'S SAVE OUR CHILDREN!!!

Pedihnya mata!!! Pedihnya tekak!!!! Rasa pening and nak demam!! Sesak nafas dan sakit dada!!!

Inilah yang kita rasa dalam keadaan jerebu yang sangat teruk sekarang ni...   Begitulah apa yang anak-anak kita rasakan...  So, tips yg selalu diberi ialah untuk minum air.

Saya ada tips menarik bagaimana untuk memastikan anak anda minum air secukupnya ketika musim jerebu ini.

1)  Isi air putih yang beralkali ataupun sekurang-kurangnya air mineral ke dalam tumbler atau bekas minuman yang menarik!!  Pastikan bekas minuman tersebut sentiasa ada berdekatan dengan anak-anak anda supaya mereka boleh minum pada bila-bila masa setiap kali mereka tertarik dengan bekas minuman tersebut....



2)  Pastikan anak anda mandi dengan lebih kerap.... Sediakan aktiviti menarik di dalam bathroom seperti tab mandi, bath toys etc supaya mereka excited untuk mandi!
psst:  nk effect lagi best,mandikan dengan sabun Marine Essence....  :)



3)  Kurangkan aktiviti di luar rumah...  Sediakan aktiviti 'indoor' yang menarik seperti lego, menonton cerita kartun, menari dan menyanyi etc....



4)  Pastikan anak-anak kita menggunakan 'mask' / penapis udara apabila berada di luar rumah.  Sediakan mask yang bercorak dan menarik agar anak anda tak sabar untuk menggunakannya!!! 



SELAMAT MENCUBA!!!!  Bersama-sama kita berdoa agar masalah jerebu ini akan berakhir dengan cepat......Insyaallah....


No comments:

Post a Comment